Monday 27 May 2013

Tahap Tekanan (Stress) Yang Semakin Meninggi



    Assalamualaikum.. lama tak update status dalam blog.. Minggu ini merupakan minggu terakhir untuk semester 2.. Tapi masalahnya kelas weblog, saya masih belum 'present' lagi.. hadoii.. ^_^

Blog saya rasanya dah full , tunggu untuk dinilai saja.. Encik Sanusi, esok saya orang pertama present boleh.. hohohoho.. ~.~ Subjek yang lain-lain semua dah present.. tinggal weblog saja..

    Seminggu lepas tu, STUDY WEEK.. then final pun bermula.. sekarang faham tak situasi saya sekarang ini tapi rasanya semua ni setiap orang pernah melaluinya kan.. Maklum la, dah nama pun "EXAM".. huhu..

    Tapi the Worst Moment ialah minggu ini juga merupakan minggu untuk daftar subjek baru bagi semester depan.. Dari semlam saya cuba masuk "e-community UMK" tapi hasilnya SANGAT.. SANGAT.. SANGAT.. Mengecewekan.. Waaa... kenapa?????

    Kawan-kawan yang lain ada yang berjaya at least ONE subject but for me, NONE.. all of this because of the "SERVER".. I keep thinking how my friends manage to enter it and register their course.. tercakap orang putih lak.. Bila marah ni, bahasa pa pun semua boleh keluar.. SABAR ye cik Madihah.. Nanti sampai la turn awak ye.. tapi sampai bila saya kena tunggu.. MUMMY...

Kepada yang tak dapat menembusi "laman sesawang tu" banyakkan bersabar ye dan FIGHTING.. All of this make my head feels pain due of not enough sleep.. I maybe can sleep but MY MIND keep on  and keep on thinking this matter.. Apa pun keadaan ye, tambah lak nak dekat final.. jagalah KESIHATAN anda semua dengan baik.. jumpa lagi di post seterusnya ^_^

Wednesday 22 May 2013

Sekadar Suka-Suka

Assalamualaikum.. didi in the ous.. bertemu kembali.. Sekarang saya nak post perkara yang "simple" saja.. Minggu lepas, kelas weblog dibatalkan lagi.. lecturer ada di Port Dickson.. wah, bestnya tapi lain kali kalau tak ada kelas boleh tak beritahu awal2.. Penat kami menunggu tengah2 hari rembang.. Huhuhu.. :(

    Hari ni, semua kelas saya pun dibatalkan, jadi saya tak ada kelas langsung hari ni.. YEAHHH !!! Ingatkan masuk makmal komputer nak download movie tapi malangnya tak boleh buka "youtube" TIDAKKKK..

    Macam la dalam bilik tak boleh guna line UMK langsung.. Hmm.. semenjak 2 menjak ni line di asrama semakin LAJU.. macam tak mempercayainye pun.. bahagia ja bila guna.. kadang2 masa malam buka FB.. boleh main 'game' dengan lancar.. Hebat kan.. HAHAHA..

    Saya pun manusia biasa juga, belajar2 juga tapi da masa perlu masa REHAT.. Aktiviti yang saya selalu buat, tengok movie, RUNNING MAN, buka facebook, main game dan paling disukai menjadi "sleeping beauty" hehehe.. Saya jarang tengok TV kat sini.. malas nak kuar.. ~.~

Ok la, setakat ni dulu saya menulis ye.. tengok la dalam beberapa hari saya cuba post benda2 baru ye.. take care.. be Happy and always SMILE ^_^

Tuesday 21 May 2013

KisahKu Ketika Tingkatan 6 (part 3)

Assalamualaikum.. didi in the house.. hah, sekarang kita sambung cerita saya masa tingkatan 6.. tapi sebelum tu kepada sesiapa yang dah view blog saya baru-baru ni, mesti perasan kan perubahan yang saya buat.. tu pun kalau selalu buka blog saya la..


   Saya dah tukar lagu background kepada lagu yang agak slow dan menenangkan bila baca blog saya ni.. Harap semua orang rasa terhibur lagi selepas ini..

   Ok, sambung cerita saya semula..hmm..nak mula dari mana ye, jap nak fikir…  HAH !! minggu lepas mengenai lawatan saya time F6.. kali ni saya dan club F6 ke PETRO SAINS pula..banyak benda yang boleh kita pelajari.. maklum la Lawatan Sambil Belajar kan..







Hehehe.. mengimbas memori silam..wah, ayat.. ^_^

   Kali ni PERKHEMAHAN PERDANA di Cameron Hinglands.. Sapa cakap Cameron tak sejuk hah, masih sejuk lagi terutamanya “Malam”.. tambahan pula kalau tidur dalam khemah..  ~.~  ini merupakan kali kedua saya menyertai kem ni tapi sebagai facilitator pula..hahaha… maklum la dah SENIORR kan..

  Bukan senang nak bahagikan masa untuk belajar, pada masa yang sama fikir permainan apa untuk bermain bersama dengan semua yang mengikuti kem ini.. kami F6, cikgu tak layan macam budak sekolah lagi tapi macam budak universiti.. ada la sedikit kelonggaran tapi tak bermakna kami boleh ambil kesempatan.. Nampak tak yang F6 bukan macam budak2 sekolah lagi kan.. event pun dah boleh handle sendiri.. :p










Hmm..bila handle budak2 ni memang memerlukan KESABARAN yang tinggi.. yang sakit la, yang tak dengar arahan la.. kami ni bukan saja jadi fasilitator tapi jadi GUARD malam2.. NURSE bila diorang sakit CHEF yang sediakan makanan..banyak la tugas kami ni.. walaupun letih, penat semua ada la tapi ianya sangat menyeronokkan.. ^_^ bukan selalu pun..

Kali ni pertandingan memasak pula..hahaha.. APA !! ingat saya tak tahu memasak ka, tengok orang la..












Nampak tak kumpulan mana yang menang tu…hehehe.. semua ni berkat KERJASAMA BERKUMPULAN.. perut pun kenyang, dapat lak hamper makanan lagi..Terbaik Wokk !! ^_^

Saya berhenti di sini dulu ye.. dah mengantuk la..huhuhu.. tapi ini bukan lagi penghabisannya.. tinggal 1 part lagi tapi post kemudian ye.. jumpa la gi..  da di du

Sunday 19 May 2013

AKU RINDU ^_^ (part 2)

    Eh,eh.. sapa kata dah habis puisi tadi..ada la sambungan dia.. jom kita HAYATI bersama.. senyum selalu ^_^

Oh CINTA ku,
Janganlah engkau dipeluk KELEMAHAN

RINDUlah aku dalam DOAmu,
Dalam langkah KETAATANmu kepada-Nya,
Biar dia yang mengawal RINDU ini,
Agar kekal dalam batasan-Nya

Aku tidak akan lari,
Di sini aku sedia MENANTI,
Engkau turun dari MEMPERSIAPKAN DIRI,
Menjemputku pada hari yang sama kita nanti,
Datanglah dengan pakaian Ilahi yang kau SULAMI

SABAR agar tiada cacat celanya nanti,
Luahlah RINDUmu dengan pelbagai amalan KEBAIKAN,
Agar Tuhan kita mencurahkan KEBERKATAN,
Sibukkan dirimu wahai SAKTI ku,
Agar nanti engkau tidak lemah kala MEMIMPIN ku

Hehehe..pa macam..jiwang karat habis kan.. :p.. jangan lupa sentiasa view blog saya ye.. bertemu kembali di masa akan datang.. wassalam

AKU RINDU ^_^ (part 1)

Assalamualaikum.. hmm..malam2 ni tetiba rasa jiwang lak..hahaha.. oleh itu, post saya untuk malam ni lain sikit.. saya nak sampai kan "PUISI CINTA".. hah, biar betul tapi puisi ni bukan la ciptaan saya sendiri.. Puisi ini merupakan hasil nukilan daripada "Hillal Asyraf"..

    Saya sampaikan puisi ini kepada INSAN yang merindui say di sana..hah, siapa la gerangan orang itu kan??..hmm.. ANDA la orang tersebut.. ^_^

Sukma ku bersuara,
RINDU ku padamu berbicara,
Kadang lepas di HATI sayu,
Kadang dalam jiwa rasa pilu,
Bertanya mengapa kita tidak saja bersatu

Kadang tidak tertahan,
Kadang rasa mahu dilepaskan,
Tetapi tahu AKHLAK menjadi batasan,
Tinggal aku RINDU,
Sungguh aku memerlukan belas dan kasihan

Kadang kala AIR MATA seperti mahu mengalir,
Rasa tidak lagi mampu bertahan,
Takut nanti TERSUNGKUR dalam DUGAAN,
Sungguh aku memerlukan Kekuatan.

Wahai KASIH ku, apakah engkau punya jawapan??

Saturday 18 May 2013

KisahKu Ketika Tingkatan 6 (part 2)


Assalamualaikum.. didi in the house.. ^_^  selamat bertemu lagi.. Rasanya ada yang dah tahu post saya kali ni kan.. yela, saya dah janji kan nak sambung cerita saya ketika Tingkatan 6..

    Dunia saya masa form 6 tak banyak yang menarik.. betul ka ni.. Walaupun perlu ke sekolah dalam lingkungan 1 tahun 6 bulan tapi banyak la saya pelajari.. Sedikit sebanyak semua ini membuat saya lebih matang tanpa saya sedar bila ianya berlaku.. Tapi paling penting saya dapat lebih ramai kawan sebab sekolah form 6 yang saya masuk bukan lagi sekolah time form 5. Masa form 6 ni la kita akan jumpa banyak ragam manusia daripada sekolah-sekolah lain.. Selama 5 tahun kita setia dengan sekolah menegah yang sama, jadi kita selalu nampak peragai yang lebih kurang sama ja setiap hari.. muka yang sama ja tapi bukan bermaksud semua ni tak best tau..

    Baik masa sekolah menegah mahupun tingkatan 6..dua-dua saya ada memori terindah sendiri.. Tapi part PALING BEST, saya masih lagi belajar di kelas yang sama dengan MY BESTIE.. saya kenal dia sejak tingkatan 3 lagi.. Sikit pun saya tak rasa jemu belajar dengan dia..dah macam adik sendiri pun.. Sekarang kami terpisah dengan laluan masing2.. dia mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya.. “CIK MILAH” terima kasih sebab sudi tolong saya selama ni sehingga saya berjaya masuk ke menara gading..



Berbaju orange itu la dia rakan ku yang DISAYANGI.. abaikan budak sebelah tu..hahaha..

    Masa form 6,kalau lawatan ja mesti pergi KL lagi,dah tak tempat lain ka nak pergi..hmm.. pape pengalaman tu tak semestinya sama kan walaupun dah pernah pergi sebelum ni..


Masa ni kami berada dalam KLIA..wahh.. macam tak pernah masuk airport ja.. pada hal di Penang ada ja airport dalam kawasan Bayan Lepas.. tapi KLIA lebih canggih sistemnya dan keluasan yang lebih besar kalau nak dibandingkan dengan lapangan terbang yang lain..

   Kalau dah namanya lawatan ke KUALA LUMPUR..memang tak sah la tak singgah Masjid Putrajaya.. ambik kesempatan untuk menunaikan fardhu wajib, SEMBAHYANG la maksudnya tu..adooii.. ~.~



Lepas sembahyang, apa lagi snap sekejap gambar di sini.. ^_^



Tak sah la kalau datang KL, tak SHOPPING kan.. hahaha.. tak beli banyak pun, beg tangan satu ja..hahaha.. saya ada di ALMANDA time ni..





  Akhir sekali, gambar di sekitar PLANETIRIUM.. maaf la kalau ejaan salah ye.. maklum la muet cuma dapat band 3 ja…hahaha.. dah pa kes ni.. mungkin terlampau menulis banyak sangat  kut, jadi otak ‘hang’ sekejap :p

    Siapa kata takat ni saja kisah saya di TINGKATAN 6, masih ada banyak lagi saya nak ceritakan tapi malangnya.. masa mencemburui kita, ish3.. hargailah masa yang kita ada dengan perkara2 yang berfaedah ye kawan-kawan.. (buat iklan sat).. jumpa lagi di post seterusnya.. da di du..

Monday 13 May 2013

KisahKu Ketika Tingkatan 6 (part 1)


Assalmaualaikum.. didi in the house.. hehehe.. ^_^ dah lama tak update blog ni kan..maaf la saya ni bukan jenis yang suka menulis tapi saya akan cuba yang terbaik.. CHOIYOKK !!

   Hmm..apa yang saya nak post kali ni.. Hah.. saya nak cerita mengenai pengalaman saya ketika di FORM 6.. sapa kata masuk tingkatan 6 tak boleh berjaya.. walaupun jalan yang saya pilih ni agak sukar tapi saya tak pernah menyesal dengan apa yang saya pilih.. akhirnya saya dapat juga menjejak kaki ke menara gading sekarang ni..

  Tak ramai student yang lepasan SPM memilih tingkatan 6 walaupun mendapat tawaran.. sapa kata form 6 ni semua orang dapat.. hanya orang2 tertentu saja terpilih ye.. rasa bangga la juga.. hehehe.. kebiasaannya alasan mereka tak memilih tingkatan 6 sebab tak boleh bebas lagi, masih terikat dengan peraturan sekolah.. ada yang cakap ambik F6 pemikiran pun masih macam budak sekolah lagi.. Untuk pengetahuan awak2 semua di sana.. walaupun kami F6 masih berpakaian seragam sekolah tapi tak bermaksud permikiran kami tak matang lagi.. Come on la, umur kita masa tu umur 18 tahun kut.. tak kan la nak berperagai macam budak2 lagi.. sikit2 tu ok lagi la, nama pun budak sekolah kan.. HAHAHA.. terasa muda gitu :p

    Tapi semua ni ikut tahap pemikiran masing2..ada yang cepat cara pemikiran yang matang dan ada yang sebaliknya.. lambat atau cepat sampai masanya semua orang akan mengalami tanpa disedari mcam saya sekarang ni.. eee..terperasan lak.. Mengikut kajian, siswa daripada F6 lebih menyerlah berbanding keluaran institusi pendidikan yang lain.. Hmm..mungkin boleh jadi.. INI BUKAN SAYA YANG REKA SENDIRI YE !! harap maklum ~.~

  Biarlah gambar yang menceritakan pengalaman saya ketika tingkatan 6.. ^_^  (teringat kenangan lama)



Ni merupakan baju rasmi untuk kelab tingktan 6.. warna purple.. waktu ni kami tengah adakan pertandingan bowling antara kumpulan tingkatan 6.. cuba la cari saya ^_^



Maaf gambar tak cukup jelas.. guna handphone jadi saiz gambar kecil sikit.. waktu ni kami F6 mendaki bukit di Wang Burma, Perlis



Time ni jungle trekking di To’kun Bukit Mertajam. Nampak tak budak yang tak bapa nak senget tu.. :p



Hari orientasi untuk lower 6 yang baru masuk ke sekolah kami.. ni merupakan station yang mana mereka kena kopek buah kelapa menggunakan kayu yang disediakan.. walaupun hanya sebiji saja yang perlu dikopek tapi kalau tiada kerjasama kumpulan, memang ia menjadi sukar.. tambahan pula, mereka pelu membuat semua ni pada masa yang sama dihujani dengan air..hehehe.. ^_^





Lawatan F6 di Parlimen Malaysia yang teletak di Kuala Lumpur..






Hahaha… saya pasti ada yang boleh teka tempat ini kan.. di sekitar Tugu Negara



Eh, napa tetiba gambar ni pula.. Hmm.. jangan sedih ye.. saya ada hal yang tak dapat dielak.. huhuhu.. nanti ada masa saya sambung lagi post ni dengan gambar2 yang menarik… da di du  ^_^