INFO UMK


Universiti Malaysia Kelantan
Universiti Malaysia Kelantan
اونيۏرسيتي مليسيا كلنتن



Entrepreneurship is Our Thrust
Julai 2007
Jenis:
Sultan Muhammad V
Prof. Datuk Dr. Raduan bin Hj Che Rose
3000+
Lokasi:
Kampus:



Universiti Malaysia Kelantan (singkatan: UMK) secara rasminya berada dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.
Ia merupakan institut pengajian tinggi awam yang ke-19 di Malaysia dan memulakan pengambilan pelajar pada awal Jun 2007. 
Terkini, universiti ini mempunyai lima buah fakulti dan dua pusat pengajian untuk digunakan oleh para penuntut universiti ini.
Kampus utama UMK pada masa ini terletak di Pengkalan Chepa, manakala kampus tetapnya terletak di Bachok
dan Jeli. Penubuhan universiti awam di Kelantan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Kelima, 
Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 31 Mac 2006 setelah mendapat kelulusan Kabinet pada Jun 2006. 
Prof. Dato' Ir. Dr. Zainai Mohamed telah dilantik sebagai naib canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan, 
berkuatkuasa 1 Oktober 2006. Anak kelahiran Kelantan ini merupakan bekas Timbalan Rektor Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Beliau menamatkan perkhidmatannya sebagainaib canselor pada 31 Disember 2011 dan digantikan dengan 
Prof Datuk Dr. Raduan bin Che Rose yang merupakan Timbalan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 
berkuatkuasa pada 1 Januari 2012. Menjelang tahun 2015, Universiti Malaysia Kelantan dijangka mampu 
menampung seramai 15,000 pelajar.

FAKULTI
Fakulti Industri Asas Tani
Fakulti Sains Bumi
Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan
Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Fakulti Perubatan Veterinar

PUSAT
Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan
Pusat Pengajian Pascasiswazah



No comments:

Post a Comment